Hati ibarat sepohon pokok yang kekeringan..suburlah ia dengan zikrullah..pasti ianya mekar dan membuahkan siranum halawatul iman..usah biarkan ia layu dengan racun dunia..
Saturday, 15 December 2012
Sunday, 9 December 2012
Masa
Demi
Masa! Sesungguhnya manusia dalam kerugian. melainkan orang-orang yang
beriman,beramal soleh dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran..(Surah Al'Asr:1-3)
Allah
Maha Mengetahui keadaan dan nasib manusia kerana Dialah yang mencipta
manusia itu. Dalam surah Al-Asr ini, Allah bersumpah bahawa semua
manusia dalam kerugian kecuali 4 golongan iaitu:
1.mereka yang beriman
2.beramal soleh
3.menasihati atas kebenaran dan
4.menasihati atas kesabaran
Ini
bermakna semua manusia tanpa mengira kedudukan sama ada kaya, miskin,
berpelajaran tinggi, keturunan bangsawan atau peminta sedekah;
kesemuanya Allah memberi amaran atau ingatan tentang kerugian yang menimpa
mereka. Untuk mengelakkan dari kebinasaan dan kerugian ini, mereka
diberikan 4 jalan-jalan seperti yang terungkai di atas dan tidak terlepas daripada fitrah yang telah ditetapkan....
Saturday, 8 December 2012
Usaha
"USAHA
untuk mencapai KEJAYAAN
akan melalui banyak CABARAN
yang pasti menguji KESABARAN
bangkit jika jatuh dek KEGAGALAN
kerana pasti ada JALAN
berdoa kepada TUHAN"
Tinta perjalanan
Mata tidak dapat dipejamkan, benak fikiran berlegar-legar tentang rasa hati yang tidak menentu..mungkin banyak lagi kerja yang belum selesai..lantas teringatkan tentang tugasan penulisan kreatif..pada hari khamis lepas dr.Mawar ade menyelusuri tinta perjalanan kursus ini..pada hari isnin nanti(10/12), kami akan ke Putrajaya..saya mesti bersiap awal kerana bas ke sana akan bertolak pada pukul 7.30p.m..kami akan solat di masjid Putrajaya juga..kali ini kerja lapangan pada waktu malam..ermmmm..indahnya,,,moga dalam cahaya bulan dan bintang yang berkelipan dapat memberi ilham kepada saya untuk mencoretkan karya tentang tokoh yang dikagumi. bukan itu sahaja, pada hari isnin (12/12) pula kami diundang ke hari persuratan Melayu yang dianjurkan oleh pelajar 1 dan 3..InsyaALLAH.. jika ada kelapangan saya akan turut serta dalam majlis tersebut..tinta perjalanan tidak berakhir di sini sahaja kerana pada jumaat (21/12) akan diadakan siaran cerita yang berkaitan dengan penulisan kreatif..sungguh kemas dan elok tinta perjalanan ini mengisi kulit-kulit yang tidak berisi dengan ilmu yang sarat untuk digalas dalam perjuangan hidup mencapai kemanisan kejayaan..
Perkhabaran
Selepas isyak tadi, saya menggunakan isyarat gelombang merisik khabar mak tersayang yang jauh di kampung untuk membebaskan rindu yang mengoncang buat seketika ini. mak bertanya khabar dengan memulakan bicara tentang diriku ini. saya tahu di benak mak terurat kerisauan kerana saya sering sakit kepala sejak kebelakangan ini. saya menampal kerisauan tersebut dengan menyatakan Alhamdulillah,, "sihat mak".. mak meneruskan bicara tentang penghulu hari yang mengikat silatulrahim antara keluarga dan jiran-jiran dengan adanya majlis As-Syura..ohhhh...lantas terlintas di fikiran saya tentang hari "As-Syura" disambut bagi mengenang dan mengingati dua peristiwa besar iaitu berkaitan dengan Nabi musa a.s dan Nabi Nuh a.s.. Allah telah menyelamatkan Nabi Musa a.s daripada kepungan musuh dan bani israel dan Nabi Nuh a.s yang terselamat daripada banjir besar pada 10 Muharram.. jadi, peristiwa ini dapat membuka minda semua untuk berfikir dan mengagungkan Islam betapa hebatnya diri sebagai seorang muslim.. lenggok bicara mak menyatakan walaupun letih menjadi tuan rumah tetapi Allhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar dan moga diberkati ALLAH..aminn..
Saturday, 1 December 2012
DIA pilihanku
Dalam kesyahduan malam yang dingin, langit dihiasi bintang-bintang yang indah, kala manusiawi dibuai mimpi...alangkah tenangnya jiwa ini terasa hilang seketika masalah yang melanda benak fikiran saya. tetapi ketenangan hanyalah sementara, setelah ingatan saya mulai mencucuk-cucuk mencari jawapan kepada persoalan siapakah "Dia" yang bakal menjadi pujaan hati untuk menggarapkan cerpen bagi kursus panulisan kretif yang belum terjawab. saya dilamun seketika oleh bayang-bayang mereka yang bakal merungkai persoalan tersebut. jawapannya harus muncul dengan segera kerana masa itu sedang mengejar detik langkah saya. deruan kipas syilin dan kicauan burung menemani saya yang keseorangan di saat ini bahkan mengerti apa yang sedang berlegar di fikiran saya. fikiran saya terlintas sejenak dengan kehadiran seorang watak yang istemewa...saya tersenyum sendirian di hadapan skrin komputer riba saya yang sederhana kecil..alhamdulillah...tuhan menghantarkan khabar gembira untuk menyelesaikan kemeluk yang membelengu fikiran saya selama ini..saya yakin "dia"lah yang akan menjadi tokoh yang dikatakan pujaan hati saya itu..."DIA" akan saya jadikan sebagai sasaran utama dalam penulisan cerpen saya...
Thursday, 29 November 2012
Siapakah pujaan hati???
Alhamdulillah...titisan hujan membasahi bumi di malam hari, membawa rahmat daripada-NYA...Alangkah bestnya kalau dapat tidur...oppsss...banyak kerja lagi yang aku perlu buat...kotak fikiranku sedang bermain dengan tanda tanya...untuk memilih siapakah yang bakal menjadi pujaan hati ini...siapakah dia?????tokoh ini akanku jadikan sebagai sasaran untuk membuat cerita pendek yang bereksperimental bagi menyempurnakan tugasan kursus penulisan kreatif yang dibimbimg oleh dr. Mawar pada semester ini...
jika aku dapat menarik pelangi di langit...
maka, akan ku bentuk namamu...
dan akan ku kembalikan lagi ke langit...
agar semua tahu...
betapa beruntungnya aku memilikimu...
Wednesday, 28 November 2012
Langit tidak selalu cerah
Disaat kita merenung kembali masa
lalu yang penuh dengan suka duka, mungkin kita akan terfikir bahawa kehidupan
yang telah kita lalui sebelum ini ada turun naiknya, ada terang kelamnya, ada
gembira sedihnya dan pelbagai lagi kenangan pahit dan manis yang kita boleh
jadikan teladan dan sempadan. Sememangnya kita, sebagai insan yang berfikir,
akan menyedari bahawa semua pengalaman kita itu adalah pelajaran paling berguna
dalam kehidupan.....
Kehidupan
ini umpama langit yang tidak sentiasa cerah. Betapa kehidupan yang kita lalui
pasti ada pasang surutnya. Dalam pelbagai aspek kehidupan, kita tidak dapat lari
daripada keadaan itu yang sudah sebati dalam kehidupan. Ia seakan dugaan yang
perlu kita lalui sebelum kita dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan. Yang
pastinya, jika kita mengalah pada surut atau dugaan pertama, ada kemungkinan
juga kita sudah menjadi orang yang putus asa dan enggan melawan arus dugaan
yang amat keras dan deras itu. Kita akan terjelepuk di kaki percubaan yang
sepatutnya kita usahakan.
p/s::hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah.......
Sehelai kertas putih
Hidup ini umpama sehelai kertas kosong bewarna warna putih...
kitalah yang menentukan isi dan coraknya...
jika baik coretannya, maka baiklah diri kita...
begitulah sebaliknya, jika tidak baik isi dan coraknya maka tidak baiklah kita...
hidup ini umpama sehelai kertas...
bukan kualiti kertas yang dinilai tetapi isi kandungannya yang bernilai...
begitulah dengan diri kita,bukan rupa paras yang dinilai tetapi ilmu di dada yang lebih bernilai...
Lihatlah
sekeliling kita, terdapat pelbagai corak dan irama kehidupan sebagai manusia
yang dikatakan makhlukNya yang menjadi khalifah di Bumi nyata ini. Ada kala
berlaku gelora, bak ombak laut menganas umpama jiwa yang meledak memberontak kerana
keinginan tidak dipenuhi. Sayang langit itu tidak selalunya cerah, kadang
mendung menyapa menyelimuti alam lalu terlerai titis-titis hujan membasahi
bumi. Inilah kertas kosong yang dicorak dengan warna- warni kehidupan.
Tuesday, 27 November 2012
Permulaan
Dalam sesuatu permulaan apa yang sering terlintas dalam fikiranku hanyalah jalan permulaan menuju kesempurnaan untuk mencorak kehidupan... Bukan susah dan juga bukan mudah untuk memulakannya kerana kita perlu belajar dan menyingkap rahsia kehidupan ini... Setiap insan mempunyai hak yang sama terhadap waktu tak sedikit pun kurang dan tak sedikit pun banyak... Ada insan yang menghargai setiap detik waktu yang diberi dan ada juga sebaliknya yang turut merungut tiada kesempatan waktu sedangkan ianya tidak mencukupi kerana khilaf sendiri... Hari demi hari, setiap detik penuh maknawi. Mengorak langkahku mencari makna kecintaan, makna ilmu-Nya dan makna iman... Dengan cinta hidup menjadi lebih indah...Dengan ilmu hidup menjadi lebih mudah... dan Dengan iman hidup menjadi lebih terarah.. Menyusur langkah ingin menjadi sempurna dan langkah pertamaku bermula dengan niat dan titipan ilmu tentang kecintaan Sang Pencipta terhadap yang dicipta-Nya...
Subscribe to:
Posts (Atom)