Disaat kita merenung kembali masa
lalu yang penuh dengan suka duka, mungkin kita akan terfikir bahawa kehidupan
yang telah kita lalui sebelum ini ada turun naiknya, ada terang kelamnya, ada
gembira sedihnya dan pelbagai lagi kenangan pahit dan manis yang kita boleh
jadikan teladan dan sempadan. Sememangnya kita, sebagai insan yang berfikir,
akan menyedari bahawa semua pengalaman kita itu adalah pelajaran paling berguna
dalam kehidupan.....
Kehidupan
ini umpama langit yang tidak sentiasa cerah. Betapa kehidupan yang kita lalui
pasti ada pasang surutnya. Dalam pelbagai aspek kehidupan, kita tidak dapat lari
daripada keadaan itu yang sudah sebati dalam kehidupan. Ia seakan dugaan yang
perlu kita lalui sebelum kita dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan. Yang
pastinya, jika kita mengalah pada surut atau dugaan pertama, ada kemungkinan
juga kita sudah menjadi orang yang putus asa dan enggan melawan arus dugaan
yang amat keras dan deras itu. Kita akan terjelepuk di kaki percubaan yang
sepatutnya kita usahakan.
p/s::hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah.......
0 comments:
Post a Comment