Pages

Wednesday, 28 November 2012

Sehelai kertas putih


Hidup ini umpama sehelai kertas kosong bewarna warna putih...



 kitalah yang menentukan isi dan coraknya...


 jika baik coretannya, maka baiklah diri kita...


begitulah sebaliknya, jika tidak baik isi dan coraknya maka tidak baiklah kita...


hidup ini umpama sehelai kertas...


bukan kualiti  kertas yang dinilai tetapi isi kandungannya yang bernilai...


begitulah dengan diri kita,bukan rupa paras yang dinilai tetapi ilmu di dada yang lebih bernilai...
 Lihatlah sekeliling kita, terdapat pelbagai corak dan irama kehidupan sebagai manusia yang dikatakan makhlukNya yang menjadi khalifah di Bumi nyata ini. Ada kala berlaku gelora, bak ombak laut menganas umpama jiwa yang meledak memberontak kerana keinginan tidak dipenuhi. Sayang langit itu tidak selalunya cerah, kadang mendung menyapa menyelimuti alam lalu terlerai titis-titis hujan membasahi bumi. Inilah kertas kosong yang dicorak dengan warna- warni kehidupan.


2 comments:

  1. Suhada
    tahniah, blog yang bagus dengan peragaan pilihan gambar yang menarik.
    mohon masukkan maklumat bahawa ini adalah sebahagian daripada keperluan kursus PK.

    sudah boleh mula pilih tokoh sdr!

    ReplyDelete