Pages

Thursday, 29 November 2012

Siapakah pujaan hati???

Alhamdulillah...titisan hujan membasahi bumi di malam hari, membawa rahmat daripada-NYA...Alangkah bestnya kalau dapat tidur...oppsss...banyak kerja lagi yang aku perlu buat...kotak fikiranku sedang bermain dengan tanda tanya...untuk memilih siapakah yang bakal menjadi pujaan hati ini...siapakah dia?????tokoh ini akanku jadikan sebagai sasaran untuk membuat cerita pendek yang bereksperimental bagi menyempurnakan tugasan kursus penulisan kreatif yang dibimbimg oleh dr. Mawar pada semester ini...

jika aku dapat menarik pelangi di langit...
maka, akan ku bentuk namamu...
dan akan ku kembalikan lagi ke langit...
agar semua tahu...
betapa beruntungnya aku memilikimu...

Wednesday, 28 November 2012

Langit tidak selalu cerah


Disaat kita merenung kembali masa lalu yang penuh dengan suka duka, mungkin kita akan terfikir bahawa kehidupan yang telah kita lalui sebelum ini ada turun naiknya, ada terang kelamnya, ada gembira sedihnya dan pelbagai lagi kenangan pahit dan manis yang kita boleh jadikan teladan dan sempadan. Sememangnya kita, sebagai insan yang berfikir, akan menyedari bahawa semua pengalaman kita itu adalah pelajaran paling berguna dalam kehidupan.....
 
Kehidupan ini umpama langit yang tidak sentiasa cerah. Betapa kehidupan yang kita lalui pasti ada pasang surutnya. Dalam pelbagai aspek kehidupan, kita tidak dapat lari daripada keadaan itu yang sudah sebati dalam kehidupan. Ia seakan dugaan yang perlu kita lalui sebelum kita dapat mencapai sesuatu yang kita inginkan. Yang pastinya, jika kita mengalah pada surut atau dugaan pertama, ada kemungkinan juga kita sudah menjadi orang yang putus asa dan enggan melawan arus dugaan yang amat keras dan deras itu. Kita akan terjelepuk di kaki percubaan yang sepatutnya kita usahakan.

p/s::hidup tak selalu indah, langit tak selalu cerah.......




Sehelai kertas putih


Hidup ini umpama sehelai kertas kosong bewarna warna putih...



 kitalah yang menentukan isi dan coraknya...


 jika baik coretannya, maka baiklah diri kita...


begitulah sebaliknya, jika tidak baik isi dan coraknya maka tidak baiklah kita...


hidup ini umpama sehelai kertas...


bukan kualiti  kertas yang dinilai tetapi isi kandungannya yang bernilai...


begitulah dengan diri kita,bukan rupa paras yang dinilai tetapi ilmu di dada yang lebih bernilai...
 Lihatlah sekeliling kita, terdapat pelbagai corak dan irama kehidupan sebagai manusia yang dikatakan makhlukNya yang menjadi khalifah di Bumi nyata ini. Ada kala berlaku gelora, bak ombak laut menganas umpama jiwa yang meledak memberontak kerana keinginan tidak dipenuhi. Sayang langit itu tidak selalunya cerah, kadang mendung menyapa menyelimuti alam lalu terlerai titis-titis hujan membasahi bumi. Inilah kertas kosong yang dicorak dengan warna- warni kehidupan.


Tuesday, 27 November 2012

Permulaan

Dalam sesuatu permulaan apa yang sering terlintas dalam fikiranku hanyalah jalan permulaan menuju kesempurnaan untuk mencorak kehidupan... Bukan susah dan juga bukan mudah untuk memulakannya kerana kita perlu belajar dan menyingkap rahsia kehidupan ini... Setiap insan mempunyai hak yang sama terhadap waktu tak sedikit pun kurang dan tak sedikit pun banyak... Ada insan yang menghargai setiap detik waktu yang diberi dan ada juga sebaliknya yang turut merungut tiada kesempatan waktu sedangkan ianya tidak mencukupi kerana khilaf sendiri... Hari demi hari, setiap detik penuh maknawi. Mengorak langkahku mencari makna kecintaan, makna ilmu-Nya dan makna iman... Dengan cinta hidup menjadi lebih indah...Dengan ilmu hidup menjadi lebih mudah... dan Dengan iman hidup menjadi lebih terarah.. Menyusur langkah ingin menjadi sempurna dan langkah pertamaku bermula dengan niat dan titipan ilmu tentang kecintaan Sang Pencipta terhadap yang dicipta-Nya...