Pages

Thursday, 3 January 2013

Syukur

Syukur saya panjatkan ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNYA, saya berjaya menyiapkan cerpen yang ditugaskan beberapa hari lepas... Walaupun saya menghadapi ranjau yang berbelit-belit untuk menyiapkannya...dalam menyiapkan cerpen memberi seribu satu makna luahan perasaan mengenai tokoh yang saya kagumi sehinggakan tertarik untuk bertinta mengenai jalan yang bergaris-garis dalam situasi-situasi yang pelbagai...mencurahkan idea yang termampu oleh kotak fikiran saya untuk merobek ceritanya mencari garis luka untuk diubati supaya semuanya sempurna...usaha gigih untuk mengarapnya kerana sesuatu yang penting menunggu...konfik di akhir kuliah beberapa minggu lepas telah menyedarkan diri saya supaya tabah menghadapi ujiannya sehinggakan tidak sempat untuk bertinta di sini..kerana terpaksa menjenguk insan tersayang di desa tercinta...biasala di sana tiada gelombang wayar untuk bertinta...petang ini saya singgah mengintainya buat seketika...semuanya hanya saya berserah kepadaNYA, hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI...